Mar 10, 2014

Persediaan untuk percutian di pulau/ tepi pantai

Saya akan bertolak ke Pulau Perhentian untuk percutian sambil berkerja selepas di jemput Kementerian Alam Sekitar, Majalah Libur dan juga Blooggersdotcom

Slippers.. dan sandals.. Inilah kegemaran saya.  Slipper Sanuk dan sandal Teva menjadi pilihan sebab keselesaan dan juga ketahanannya yang di reka khas untuk aktiviti lasak luaran.

Ini beg kalis air Zeus baru saya. Ia amat mahal sedikit kerana saya membelikannya dengan harga RM90 tetapi, saya buat demikian kerana saya akan mengambil risiko membawa telefon bimbit saya Samsung s3 bersama semasa nak membuat aktiviti snorkelling dan dengan beg kalis air ini, saya boleh membawakan nya sehingga 6 metre dalam laut....

Sunblock untuk siang hari dan losen/spray hapus nyamuk(mosquito repellent)..

Ubat ini bernama SunoLut-Norethisterone 5mg dibeli dari farmasi berhampiran rumah saya.  Ubat ini amat penting untuk percutian ke pulau atau tepi pantai, terutamanya apabila ada peluang anda akan pergi scuba diving, snorkelling , berenang ataupun apa jua sahaja aktiviti yang melibatkan air. Ia akan memperlambatkan kitaran haid anda selama anda memakan ubat ini. Ubat ini juga si syorkan jika anda tengah nak berkahwin.

Sebelum anda bereda, terima kasih atas kunjungan anda, kalau boleh, tinggalkan komen anda ataupun "follow"kan blog saya . Saya minta maaf atas apa2 kesalahan bahasa jika ada .


Dengan ini selesailah persediaan saya untuk ke Pulau Perhentian.... 
#majalahlibur #blooggers #blooggersdotcom 


No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???